Dalam
istilah bahasa Inggeris society iaitu masyarakat bermaksud sekelompok manusia
yang membentuk sebuah sistem interaksi sosial di mana sebahagian besar
interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu adalah lahir daripada
individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Selain itu, masyarakat adalah sebuah komuniti
yang saling memerlukan antara satu sama lain dan secara umumnya istilah
masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang hidup
bersemadi di sesuatu tempat tertentu dalam sesebuah komuniti yang teratur serta
berkongsi sumber yang ada dalam kawasan tersebut.
Manakala
merujuk Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup di sesuatu
tempat dengan aturan dan cara tertentu.
Anggota masyarakat terdiri daripada individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan
kecil. Hubungan bersemuka khususnya,
merupakan jaringan erat yang wujud di kalangan anggota tersebut. Sebagai contoh kegiatan gotong-royong,
bersama-sama merayakan sesuatu perayaan, berkumpul menyambut pembesar yang
datang mengunjungi, menghadiri kenduri, majlis perkahwinan, membantu mereka
yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau telah meninggal
dunia adalah pola hubungan sosial yang berulang terbina daripada pergaulan.
Satu unit sosial akan terbina daripada kekerapan pergaulan kerana kesepaduan
dalam sesebuah masyarakat. Contoh yang terbaik ialah negara kita Malaysia yang
mempunyai hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik kerana dapat membina
sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.
Di samping itu, definisi lain tentang masyarakat ialah kumpulan manusia
yang menetap bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara
tertentu. Sementelah masyarakat terdiri
daripada beberapa kaum atau bangsa. Kesatuan
atau dalam konteks masyarakat yang
terdiri daripada beberapa kumpulan etnik maka terbentuk majmuk. Pelbagai rumpun bangsa membentuk satu
kesatuan khususnya dalam aspek politik, ekononi dan sosial di sesuatu tempat bagi
membentuk satu kumpulan yang bersatu padu adalah dikenali sebagai masyarakat majmuk.
Plural society istilah dalam bahasa Inggeris iaitu masyarakat majmuk
bermaksud pelbagai kaum atau multi racial society yang merujuk kepada suasana
kepelbagaian bangsa yang bersama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam
sebuah negara yang sama. Definisi
masyarakat majmuk menurut Kamus Dewan adalah masyarakat yang terdiri daripada
beberapa kaum.
“The Development Of a Plural Society In Malaya” adalah sebuah buku
Graham Saunders di mana beliau menyatakan bahawa masyarakat majmuk terdiri
daripada pelbagai bangsa yang membentuk satu kependudukan yang hidup sebagai
komuniti-komuniti yang berasingan. Pada
pandangan Graham Saunders, terdapat tiga kaum di Tanah Melayu iaitu Melayu,
Cina dan India bukan sahaja terpisah dari segi adat, makanan dan pakaian malah juga
pekerjaan dan tempat tinggal.
“The Sociology Of The Thirdworld” hasil penulisan J.E.Goldthorpe seorang
sarjana dalam bidang sosiologi menyatakan pendapat tentang masyarakat majmuk
lebih kurang sama dengan kedua-dua sarjana sebelum ini iaitu kewujudan
masyarakat majmuk sejajar dengan penjajah yang datang ke Tanah Melayu pada masa
dulu telah membawa masuk semua kaum
untuk memenuhi peluang pekerjaan di sini.
Merujuk kepada
keadaan masyarakat di Burma, Indonesia dan Malaysia juga terdapat masyarakat majmuk
. Antara ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia ialah kepelbagaian budaya,
pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak sosial
dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik.
Beberapa kelompok bangsa atau kaum yang
tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu masyarakat tetapi hidup
terpisah kerana mengamalkan cara hidup, adat dan kepercayaan yang berbeza
dengan bangsa yang lain juga merupakan sebuah masyarakat majmuk.
Pada sekitar abad ke-19,
masyarakat di Tanah Melayu iaitu Malaysia didominasi oleh dua bangsa yang
berbeza selain daripada masyarakat Melayu yang menjadi tuan kepada wilayah Tanah Melayu yang pada ketika itu iaitu kaum India dan Cina
Tanah Melayu
telah mengalami perubahan politik, sosial dan ekonomi pada abad ke-19. Sementelah perubahan politik telah
menyebabkan perubahan sosial. Kedatangan
orang Cina dan India ke Tanah Melayu telah memperkembangkan perusahaan bijih
timah dan getah. Terdapat satu lagi
kumpulan pendatang ke Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang terdiri daripada
pendatang-pendatang asing dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan
lain-lain kepulauan Indonesia menurut dari belakang setelah kedatangan orang
India dan Cina.
KONSEP
MASYARAKAT MAJMUK
Sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat yang muncul akibat
daripada dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikut
kehendak-kehendak sistem ekonomi, politik dan sosial, menurut J.S.Furnivall
(1939). Oleh itu, ia telah mewujudkan kelompok-kelompok yang terdiri
daripada pelbagai ragam dalam satu kelompok unit politik. Kelompok-kelompok pelbagai ragam dalam sebuah
masyarakat majmuk itu bercampur tetapi tidak bergabung tambah J.S.Furnivall
lagi. Agama, kebudayaan, bahasa,
idea-idea dan cara –cara kehidupan sendiri adalah ciri-ciri pegangan kuat
setiap kelompok. Masyarakat majmuk yang
terdiri daripada pelbagai komuniti hidup secara berdekatan tetapi terpisah
dalam unit politik yang sama. Dalam
bidang ekonomi pula, sistem pembahagian buruh adalah berasaskan ras di mana
setiap ras dalam masyarakat itu mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan.
Beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang
asing ke Tanah Melayu telah digubal dalam dasar Inggeris. Penentuan persoalan bagaimana Inggeris
membantu mewujudkan masyarakat majmuk di Malaysia juga terdapat dalam dasar
ini. Kesan terhadap pemajmukan ras
merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Terdapat beberapa huraian daripada dasar
Inggeris iaitu :-
i. Politik
Dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan
terhadap kemasukan orang asing telah berlaku sejak tahun 1874. Sistem-sistem kemasukan seperti kontrak dan bebas
adalah merupakan cara-cara orang Inggeris menggalakkan kemasukan orang asing ke
Tanah Melayu. Pada tahun 1930an,
Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak
menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Perkara
ini amat berbeza dengan tindakan yang dilakukan oleh orang Inggeris kepada
pendatang asing ke Tanah Melayu sebelumnya.
Pada tahun 1930an juga undang-undang imigrasi menghalang kemasukan baru
orang asing ke Tanah Melayu. Tiada
sekatan terhadap kemasukan orang asing ke Tanah Melayu sebelum undang-undang
imigrasi pada tahun 1930an kerana keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga
buruh bagi merancakkan ekonomi perlombongan, peladangan dan pembinaan prasarana
baru seperti pembinaan jalan kereta api dan jalan raya.
Kewujudan jabatan Pelindungan Orang Asing adalah untuk melindungi para
buruh imigran daripada ditindas dan dianiaya oleh kongsi gelap mahupun
majikan. Jabatan Pelindungan Orang Asing
yang dilindungi oleh pemerintah Inggeris terhadap buruh-buruh asing menunjukkkan seolah-olah kerajaan Inggeris
menggalakkan kemasukan buruh asing.
Tindakan dan dasar kerajaan Inggeris
mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah
Melayu. Kewujudan undang-undang buruh
yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada
buruh imigran diperkukuhkan lagi dengan adanya Jabatan Pelindungan Orang Asing.
Jabatan Pelindungan Orang Asing bukan
sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing tetapi menggalakkan mereka untuk
tidak pulang ke negara asal. Pada tahun
1927 – 1932 sewaktu kemelesetan ekonomi orang-orang asing hendak pulang ke negara
asal mereka dan menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris.
Merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris membuktikan bahawa kewujudan
masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakan
buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan
ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat
pribumi.
ii. Ekonomi
Perubahan sistem sara diri kepada sistem komersial disebabkan dasar
ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas berlaku. Ini mengakibatkan pembukaan tanah dan ladang
serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak mendorong kepada
wujudnya sistem ekonomi moden
berteraskan industri berasaskan buruh. Oleh itu, keperluan pemodenan prasarana
baru memerlukan tenaga buruh dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing.
iii. Sosial
Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris lebih menjuruskan aspek
penekanan. Dasar ini menjelaskan
bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Inggeris menggalakkan perbezaan kaum dan
melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia iaitu melalui dasar pendidikan
yang berteraskan negara ibunda. Oleh
itu, kita dapat melihat tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan
pendidikan dan pendidikan guru. Dengan
kewujudan sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan
tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia telah meninggalkan kesan keadaan ini.
Setiap kaum mengambil inisiatif mengikut sukatan pendidikan serta
mengambil guru dari negara asal mereka.
Ini jelas menunjukkan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi
menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Sementelah orang-orang Melayu hanya mendapat
pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak diberi
peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akademik. Anak-anak para bangsawan Melayu dikhaskan
mendapatkan kemahiran dan ilmu akademik.
Justeru, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang
asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperolehi pendidikan
walaupun di negara asing. Oleh itu, ini
menjelaskan bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan
menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.
Di Malaysia, etnik merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya
yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi
adalah merupakan konsep masyarakat majmuk yang merujuk kepada etnik. Konsep-konsep ras dan bangsa adalah konsep
etnik yang mempunyai pengertian dan saling berkait rapat. Justeru itu, menurut Mansor Abdul Rahman
& Mohamad Ainuddin (2006), ras dan bangsa memberikan tekanan kepada
perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi iaitu keturunan dan pertalian darah
yang sama antara sesama manusia.
Terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan tetapi di bawah
sistem politik yang sama merupakan konteks masyarakat majmuk Malaysia.
Konsep etnisiti dan etnosentrisme dibentuk daripada konsep etnik. Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu
dirujuk kepada etnisiti. Oleh sebab itu,
wujudlah satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas menyatukan anggotanya dalam
satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam
kalangan anggota sesebuah kelompok etnik dirujuk kepada etnosentrisme iaitu
budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik serta hebat daripada kelompok
lain. Suatu perspektif yang melihat
kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri adalah merupakan
definisi etnosentrisme juga.
Konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya
lebih kurang sama di Malaysia. Di Sabah
dan Sarawak, orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain sepatutnya
dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.
Ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda
pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biological yang nyata seperti
warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Warna kulit adalah ciri yang paling ketara untuk
membezakan kumpulan manusia.
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial
atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah
fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ditunjukkan secara terbuka melalui
perilaku atau tindakan terbuka ditakrifkan sebagai rasisme. Gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi
melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal biological yang
lain ialah rasisme juga.
Tahap individu dan tahap institusi adalah dua tahap yang wujud daripada
rasisme. Rasisme yang
berlaku dalam bentuk kepercayaan adalah tahap individu di mana wujudnya ras
tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ras yang berstatus lebih rendah. Pada peringkat individu rasisme, wujud dalam
bentuk kepercayaan dan sikap individu. Rasisme
tahap institusi melibatkan dasar dan
pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang
berbeza. Pada tahap institusi rasisme ia
dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial.
Definisi budaya ialah kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir dan
berkelakuan merujuk Kamus Dewan (2005).
Selain itu, budaya didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan
oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,
politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan dibahagikan daripada
budaya. Peralatan dan kelengkapan hidup
seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya adalah budaya
kebendaan. Orang Melayu mempunyai rumah
yang reka bentuknya berbeza daripada orang Inggeris atau orang Eskimo adalah
sebagai contoh. Kepercayaan, adat
istiadat dan undang-undang adalah budaya
bukan kebendaan. Adat istiadat
dijalankan secara tersendiri dalam kehidupan oleh setiap masyarakat. Adat perkahwinan masyarakat Melayu, pihak
lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat India
hantaran perkahwinan diberikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki. Faktor agama penting dalam budaya Melayu
kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai satu sistem kepercayaaan semata-mata
tetapi juga sebagai satu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan
hidup. Alat komunikasi penting dalam
bahasa. Sebagai petunjuk jalan, adat
resam juga mustahak bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan
berbudaya.
Dalam pembentukan sesuatu budaya, terbahagi kepada dua peranan utama
iaitu membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan
memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan,
spiritual dan mental. Aspek cara
pengendalian hidup adalah budaya yang memberikan identiti kepada sesuatu
kelompok. Daripada satu keturunan kepada
satu keturunan untuk mewarisi budaya. Menurut
Mohd Taib Osman (1988), budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan
intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi
kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan
sekeliling.
Konsep masyarakat
majmuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa iaitu terdiri daripada
berbagai rasa atau etnik yang berada di bawah satu pemerintahan, menurut J.S.Furnival.
Dalam erti kata sebenar campuran ialah bergaul tetapi tidak
bercantum. Agama yang berbeza diamalkan
oleh setiap kumpulan.
i. Melayu
Kumpulan etnik
terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu iaitu merangkumi lebih 50 peratus
penduduk negara. Orang Melayu di
Malaysia adalah merujuk kepada orang yang mengamalkan kebudayaan Melayu,
berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Sikap peramah dan budaya seni yang sangat
kaya menyebabkan orang Melayu terkenal.
Pada dasarnya,
orang Melayu merupakan penganut agama Islam.
Penduduk luar bandar di Semenanjung pada masa lalu sebahagian besar
adalah orang Melayu. Sejak tahun 1970an
sehingga kini keadaan tersebut mula berubah kerana proses penghijrahan ke
bandar. Kebanyakan yang terlibat dalam
aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan, sama ada dalam skala kecil-kecilan
atau secara komersial masih tinggal di luar bandar. Pelbagai sektor seperti sektor perkhidmatan
awam, sektor swasta, sektor perdagangan dan perniagaan melibatkan sebahagian
besar etnik Melayu di bandar.
ii. Cina
Golongan etnik
kedua terbesar di Semenanjung ialah orang Cina.
Pelbagai agama seperti Buddhisme, Konfusianisme, Kristian, Taoisme dan
Islam dianuti oleh masyarakat ini.
Sektor perdagangan dan perkhidmatan adalah merupakan tumpuan sebahagian
besar etnik Cina. Sebahagian besar orang
Cina tertumpu di bandar-bandar utama, khasnya di Lembah Kelang.
iii. India
Golongan etnik yang
ketiga terbesar di Semenanjung ialah orang India. Sebahagian besar orang India
pada masa lalu bekerja dan menetap di estet.
Terdapat di kalangan mereka pada masa kini yang berpindah ke
bandar-bandar dan menerokai pekerjaan di sektor perdagangan atau perkhidmatan
dan menjalani kehidupan di bandar. Terdapat golongan sub etnik seperti orang
Sikh, Tamil, Malayali dan Singhala dalam kategori etnik India. Etnik India di negara ini merupakan penganut
pelbagai agama seperti Hindu, Sikhisme dan Islam.
Etnik-entik lain
Orang Asli ialah
golongan etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dalam kajian
antropologi. Penduduk di kawasan
pendalaman di beberapa negeri di Semenanjung kebanyakannya orang Asli. Anutan kepercayaan orang Asli adalah
kepercayaan tradisional, animism, Kristian dan Islam. Terdapat kelompok-kelompok kecil seperti
masyarakat Baba Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang, masyarakat Portugis di
Melaka dan Thai di beberapa negeri di utara Semenanjung selain orang Asli. Namun mereka yang terdiri daripada masyarakat
minoriti juga mempunyai budaya yang unik seperti budaya masyarakat Baba
Nyonya.
Menurut Furnivall, dalam sektor pekerjaan
pula terdapat pembahagian tenaga buruh yang ketara mengikut kaum. Setiap kaum menjalankan kegiatan pekerjaan
tertentu untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara kehidupan seharian mereka
berdasarkan kesesuaian dan kemahiran mereka sendiri. Bidang pertanian dan penangkapan ikan diurus
oleh orang Melayu dan orang Cina menguruskan perlombongan dan perdagangan. Manakala golongan orang India pula
menguruskan bidang perladangan getah dan perladangan lain. Tempat kediaman berlainan dan cara kerja yang
dilakukan menyebabkan kegiatan ekonomi yang dijalankan juga terpisah. Kawasan kampung berhampiran kawasan pertanian
dan pinggir laut merupakan kawasan tempat tinggal orang Melayu, orang Cina
tinggal di kawasan perlombongan dan bandar sebagai pusat untuk menjalankan
perniagaan serta orang India pula tinggal di estet-estet dan ladang kelapa
sawit. Justeru taraf kemajuan
ketiga-tiga kaum berbeza mengikut jenis pekerjaan.
Sebuah tempat tumpuan, pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan adalah
merupakan Tanah Melayu yang sudah tentunya pernah menjadi satu tempat
persinggahan dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan
asal usul. Oleh itu konsep pencampuran
populasi bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di Malaysia. Struktur susunan ras, etnik dan corak
penempatan penduduk masa kini telah ditentukan pada zaman perkembangan kolonial
dan eksploitasi orang British di Semenanjung Malaysia adalah menurut pendapat
kebanyakan ahli sejarah dan antropologi sosial.
Zaman paling penting dalam menentukan
pola-pola etnik, ekonomi dan politik masa kini Semenanjung Malaysia adalah pada
tahun 1786 hingga 1914.
Perkara yang penting dalam
mencorakkan kemajmukan masyarakat Malaysia adalah aspek demografi. Betapa uniknya masyarakat Malaysia dari segi
komposisi etnik yang turut mewarnai wajah sosiobudaya, demografi politik dan
proses politik di Malaysia diperlihatkan bukan sahaja dari aspek demografi.
Zaman Pendudukan Inggeris
Pada Ogos 1786, campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila
Francis Light menduduki Pulau Pinang menyebabkan kemasukan migran secara
besar-besaran dari luar. Semasa pemerintahan kolonial British di
Malaysia dalam jangka masa yang panjang iaitu selama lebih seratus lima puluh
tahun bermula 1786 hingga 1957. Malaysia
telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua di antara tahun itu. Jangka masa singkat itu dianggap tidak
mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Oleh itu masyarakat homogenios Melayu Tanah
Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia
yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen
utamanya.
Penduduk Tanah Melayu dan kepulauan Borneo ketika itu didominasi oleh
orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak sebelum kurun
ke-18. Waktu itu migrasi dari luar juga
berlaku tetapi jumlahnya terhad. Menurut
James P.Ongkili, 1985:4, terdapat juga kaum
pendatang dari Sumatera, Indonesia namun tidak menjejaskan corak masyarakat
ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang
sama.
Perubahan dalam struktur masyarakat yang berlaku di Malaysia disebabkan
oleh fenomena migrasi dari luar akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun
faktor penolak di negara asal masing-masing bertanggung jawab mencernakan
perubahan berkekalan sejak awal kurun ke-18 hingga ke hari ini. Sementelah struktur masyarakat di Malaysia
berubah adalah disebabkan migrasi dari luar dan juga faktor penolak dan
penarik. Sedikit demi sedikit migrasi
ini berlaku sebelum penjajahan barat tetapi berleluasa setelah penjajahan
berlaku. Faktor utama dalam aktiviti
migrasi dari luar terutamanya China dan India adalah aktiviti ekonomi dan
perladangan.
Masyarakat Cina dari Negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup
penuh dengan kemiskinan dan penderitaan.
Justeru mereka terpaksa keluar berhijrah hingga ke Tanah Melayu. Beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan
oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu bagi kemasukan
buruh-buruh Cina. Dari semasa ke semasa
bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah. Walau bagaimanapun angka yang tepat sukar ditentukan
kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah
Melayu.
Bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk adalah kerana kemasukan
masyarakat Cina dan pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Oleh kerana pengaruh masyarakat Cina ke Tanah
Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu serta juga masyarakat
Melayu ketika itu. Akhirnya satu
masyarakat baru terbentuk akibat kedatangan masyarakat Cina iaitu Baba Nyonya
dan Cina Muslim. Kepelbagaian dan kemajmukan
masyarakat di Malaysia menggambarkan keunikan pada pandangan masyarakat luar
dengan wujudnya golongan baru ini.
Selepas Cina migran
kedua terbesar adalah kelompok India.
Negapatam dan Madras, India Selatan adalah tempat asal kebanyakan
mereka. Selain itu India juga mengalami
masalahnya sendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Kemiskinan dan
kebuluran merupakan
suasana yang melanda negara itu mendorong penduduknya berhijrah ke luar
negara-negara lain termasuk Tanah Melayu ketika itu. Sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris
migran India sudah mula berhijrah ke Tanah Melayu. Setelah Inggeris berjaya menguasai
negeri-negeri Melayu bilangan mereka bertambah.
Masyarakat luar seperti Indonesia dan Ceylon juga menjadi migran ke
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak selain dari China dan India. Bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding
dengan buruh dari China dan India.
Selain itu kebanyakan pendatang Indonesia berasal dari Jawa, Kalimantan
(Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagian kepulauan
yang berhampiran dengan Selat Melaka.
Sementelah pendatang dari Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik
antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar.
Kebanyakan pendatang dari Ceylon terdiri daripada kaum Sinhalese. Sehubungan itu mereka datang dari kawasan
pantai selatan negara tersebut dan telah datang dengan jumlah yang agak ramai
selepas kurun ke-19 berterusan hingga kurun ke-20an. Penjajahan British di Ceylon yang menyebabkan kedatangan mereka berterusan. Faktor utama penghijrahan mereka adalah bukan
faktor ekonomi tetapi mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa
yang mereka dapat di negara asal.
Proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti
sekarang bermula setelah kemasukan
daripada luar. Pada mula proses
pembentukan masyarakat menghadapi kesukaran kerana berbeza fahaman, amalan, ras
dan etnik serta kehidupan seharian.
Sebagai contoh peristiwa 13 Mei 1969 banyak konflik berlaku dalam proses
pembentukan ini. Konflik yang berlaku
dalam masyarakat majmuk mengikut garisan pemisah ras dan bukan garisan
kelas. Masalah sosio-ekonomi dan politik
pasti akan timbul dengan pengambilan pekerja buruh dari luar dibuat secara
tetap lebih membimbangkan dan bagi mengelakkan pembentukan masyarakat majmuk pelbagai
etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara
Eropah Barat dan Telok.
Lahirnya kelompok daripada keturunan Cina dan India setelah kemasukan migran
dari luar yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba Nyonya
yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Apabila berlangsungnya perkahwinan antara
orang asing dengan penduduk tempatan maka asimilasi bangsa juga turut berlaku,
wujud beberapa sub kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok
Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain.
Sekarang kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan
Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
Kumpulan etnik terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu iaitu merangkumi
lebih 50 peratus penduduk negara ini.
Jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam
dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Sikap peramah dan budaya seni yang sangat
kaya menyebabkan orang Melayu terkenal.
Kumpulan etnik kedua terbesar ialah kaum Cina yang merangkumi 25 peratus
populasi. Kaum Cina hari ini
kebanyakannya berasal daripada pendatang yang merantau pada abad ke-19. Kaum Cina terkenal kerana kuat bekerja dan
pandai berniaga. Cara berbicara dialek
tiga kumpulan kecil kaum Cina iaitu Hokkien tinggal di utara Pulau Pinang,
Kantonis tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan penutur bahasa Mandarin
tinggal di kawasan selatan tanah air di Johor.
Kaum India merupakan kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik
utama di negara ini yang merangkumi 10 peratus populasi. Kaum India kebanyakannya berasal daripada
pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil datang ke Malaysia sewaktu
zaman penjajahan British dahulu. Kedatangan
mereka ke sini adalah untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan keluar
daripada sistem kasta yang diamalkan di India.
Kaum India ini kebanyakannya beragama Hindu dan mereka turut membawa
budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari
yang mewah.
MASYARAKAT MAJMUK
DI MALAYSIA
1.1 Malaysia sangat sinonim dengan masyarakat majmuk dan sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Di seluruh Malaysia terdapat lebih 80 kaum. Terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina daripada 80 kaum yang ada di seluruh negara. Konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di suatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu serta masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa iaitu merujuk Kamus Dewan. Justeru gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud ‘satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan’, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu.
1.2 Menurut pendapat Furnivall masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Mereka tidak bergantung antara kaum lain namun kelompok-kelompok ini bercampuran, amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri.
A.
KEDATANGAN PORTUGIS
Pada 11 September 1509 Portugis telah datang ke Melaka
semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah yang diketuai oleh Diego Lopez De
Sequeira dengan lima buah kapal. Sultan
telah menahan beberapa orang pedagang Portugis yang datang berdagang akibat
sedikit perselisihan faham. Pada Julai
1511 Alfonso De Alburqaque tiba di Melaka untuk membebaskan para banduan lalu
menghantar utusan meminta sultan Melaka membebaskan orang Portugis serta
membayar ganti rugi. Melaka telah
diserang oleh 800 orang Portugis dan 600 orang India kerana keengganan baginda
sultan melaksanakan tuntutan tersebut.
Seramai 1400 orang tentera ini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat
yang berbilang kaum yang ada pada ketika itu.
Orang Portugis telah Berjaya menawan Melaka pada 24 Ogos 1511.
B)
KEDATANGAN KUASA BELANDA
Belanda menyerang Kota Portugis
Melaka pada tahun 1597. Johor berpakat
dengan Belanda untuk menguasai Melaka pada tahun 1606. Portugis mendapat bantuan dari Goa walaupun
percubaan selama tiga bulan gagal. Kapal
Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan pada tahun 1636 dan
akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641. Manuel De Souza Couthinho , Gabenor Portugis
telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson
Kaartokoe.
c) PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUASemasa penjajahan British perubahan ketara berlaku. Pergolakan politik dan perebutan takhta yang berlaku di Kedah dan Johor telah dijadikan kesempatan oleh British untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura merupakan permulaan pendudukan British di Tanah Melayu. Pada tahun 1824 melalui perjanjian Inggeris Belanda, Belanda telah diserahkan kepada pihak British.
Negeri-negeri Selat adalah tiga wilayah telah disatukan di bawah satu pentadbiran. mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang baru untuk pelaburan di barat. Jalan kereta api yang menghubungkan bandar dengan pelabuhan, perladangan dan pembangunan bandar-bandar kecil telah menyebabkan Tanah Melayu membangun dengan pelbagai infrastruktur.
Pada ketika itu Tanah Melayu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan telah menyebabkan pihak British mulai membawa masuk beramai-ramai buruh dari China dan India untuk menampung kekurangan pekerja. Pertumbuhan sektor bandar, jalan-jalan, rel-rel kereta api dan pembahagian kelompok kaum bandar dan luar bandar bertambah besar disebabkan oleh penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi.
Masyarakat majmuk mempunyai ciri-ciri tertentu lalu terbentuk Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule). Masyarakat Cina diberi peranan untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladang dari sudut demografi. Manakala masyarakat Melayu di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani. Sebelum kedatangan British berlaku penghijrahan orang Cina namun selepas kehadiran British dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan bagi menjamin keselamatan undang-undang dan seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasi masuk. Pada penghujung kurun ke-19 kemasukan orang India berlaku dengan pesat kerana perkembangan perladangan seperti getah dan kopi. Migrasi Cina dan India dilindungi oleh British. Jurang perbezaan antara kaum, pembangunan dan ekonomi wujud kerana keadaan ini.
d) PENDUDUKAN JEPUN DI
TANAH MELAYU
Pembentukan masyarakat Malaysia yang
sedia wujud pada hari ini adalah kesan daripada pendudukan Jepun di Tanah
Melayu. Malai Baru adalah merupakan
pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dan ianya diletakkan di bawah kuasa
pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Snoyan pula dikenali di Singapura telah
diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu. Satu wilayah dibentuk dari segi pentadbiran
yang terdiri dari Pulau Pinang, Melaka,Tujuan penjajahan British
di Tanah Melayu adalah untuk memenuhi keperluan permintaan bahan Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
diletakkan di bawah pemerintahan Siam pada tahun 1945 dengan tujuan membalas
jasa Siam. Kesan sosial berkaitan dengan hubungan antara kaum dan juga keadaan masyarakat dari segi pendidikan serta pentadbiran adalah wujud daripada penjajahan Jepun. Terdapat dua bentuk hubungan kaum semasa Perang Dunia ke-2 iaitu hubungan kerjasama antara kaum menentang penjajah Jepun (MPAJA) dan juga hubungan tegang antara etnik Melayu dan Cina ekoran dasar pilih kasih atau diskiminasi terhadap etnik Cina.
Kawasan-kawasan baru dibuka iaitu permulaan masalah setinggan kerana penindasaan Jepun terhadap orang-orang Cina di Tanah Melayu. Orang-orang Melayu yang tinggal di kampung-kampung tradisi telah mengakibatkan pertembungan budaya. Perkahwinan kacukan di antara orang Cina dan orang Melayu menyebabkan pertembungan budaya dan telah melahirkan generasi masyarakat Baba dan Nyonya yang boleh kita lihat banyak di Melaka pada hari ini. Kemasukan migrasi terutamanya dari Cina disebabkan peperangan antara Cina dan Jepun disekat oleh Jepun di Tanah Melayu. Pengaliran keluar orang Cina secara beramai-ramai telah berlaku di antara tahun 1947 hingga 1953. Migrasi dari India masih lagi berlaku sungguhpun dalam kadar yang rendah. Jepun telah meletakkan senjata dan berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945.
e) PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SELEPAS JEPUN
Pada tahun 1945 selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu British kembali memerintah. Pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum telah diusahakan demi perpaduan setelah kedatangan semula Inggeris. Sokongan rakyat terhadap mereka luput sama sekali kerana merasakan mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama lima tahun penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Oleh itu perkara ini membawa kepada tuntutan kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu yang berbilang kaum daripada pihak British.
Bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pihak British telah memberi syarat yang paling besar iaitu orang Melayu harus menerima dan bekerjasama dengan masyarakat Cina, India dan masyarakat lain sebagai warganegara. Masyarakat Melayu sukar memberi kerakyataan kepada kaum Cina dan India pada mulanya. Keganansan Parti Komunis Malaya telah berlaku dengan berleluasa menyebabkan hubungan etnik tegang di mana etnik Cina yang menyokong dan menyertai PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu sebagai kaedah balas dendam semasa pemerintahan Jepun dahulu. Pada tahun 1948 kerajaan telah mengistiharkan darurat kerana berpunca daripada keadaan ini. Hubungan etnik bertambah baik dan mewujudkan kerjasama menentang komunis semasa darurat.
British menawarkan kerakyatan secara automatik kepada penduduk imigran Tanah Melayu kerana keganasan PKM dan akhirnya terpaksa dipersetujui oleh orang Melayu sebagai salah satu kaedah membenteras keganasan PKM. British telah memerdekakan Tanah Melayu atas usaha Rombongan kemerdekaan 1956 yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1957. Pada tahun 1960 darurat dibubarkan. Penjajahan British telah memberi kesan, impak positif dan negatif kepada pembangunan dan keamanan negara yang dapat dinilai perkembangannya dari semasa ke semasa hingga ke hari ini.
3. Kesan Penjajahan kuasa asing dalam pembentukan masyarakan majmuk di Malaysia.
Perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia dapat dilihat dan dirumuskan kepada tiga tempoh yang berbeza iaitu pertama, zaman penjajahan British di mana ketiga-tiga kaum langsung tidak berinteraksi. Tanah Melayu ditegaskan adalah milik orang Melayu, ekonomi komersial pula milik orang Cina dan India sementara politik milik British hinggakan orang Melayu ketinggalan. Terdapat beberapa faktor yang menjadikan orang Melayu tidak terlibat dengan ekonomi kormesial. Antara sebabnya adalah British sendiri dengan dasarnya yang menekan penduduk asal serta ‘Dasar Pecah Perintah’ yang dijalankan British sewaktu penjajahannya.
Era menuju kemerdekaan merupakan tempoh kedua dilihat terdapat hubungan antara kaum di mana Melayu dengan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Cina dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan India dengan Kongres India Se-Malaya (MIC) membentuk parti politik yang berteraskan kaum masing-masing namun berada di bawah satu payung iaitu Parti Perikatan. British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1957 hasil daripada kerjasama antara kaum. Peristiwa darurat telah berlaku sebelum kemerdekaan selepas tempoh penjajahan Jepun pada 1948 hingga 1960 yang melibatkan Parti Komunis Malaya. Hubungan antara orang Melayu dan Cina kembali tergugat dalam tempoh ini.
Zaman selepas kemerdekaan merupakan peringkat yang ketiga atau terakhir yang merujuk zaman selepas 1969 yang masih lagi terdapat jurang dalam pelbagai bentuk yang bukan sahaja dari segi ekonomi. Pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh mewujudkan keadaan aman damai menepati makna sebenar masyarakat majmuk. Walau bagaimanapun ianya masih lagi tidak mencapai matlamat perpaduan kerana masing-masing berusaha mengekalkan identiti sendiri dan enggan menerima asimilasi dari budaya lain. Penggunaan “Malaysian Malaysia” telah mula digunakan pada sekitar tahun 1965 namun ia tidak begitu diterima pakai. Salah satu matlamat kerajaan kini dalam memastikan kesepaduan masyarakat iaitu dikenali sebagai Bangsa Malaysia.