Sunday, February 26, 2012

MASYARAKAT MAJMUK


Dalam istilah bahasa Inggeris society iaitu masyarakat bermaksud sekelompok manusia yang membentuk sebuah sistem interaksi sosial di mana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu adalah lahir daripada individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut.  Selain itu, masyarakat adalah sebuah komuniti yang saling memerlukan antara satu sama lain dan secara umumnya istilah masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang hidup bersemadi di sesuatu tempat tertentu dalam sesebuah komuniti yang teratur serta berkongsi sumber yang ada dalam kawasan tersebut.
Manakala merujuk Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.  Anggota masyarakat terdiri daripada individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil.  Hubungan bersemuka khususnya, merupakan jaringan erat yang wujud di kalangan anggota tersebut.  Sebagai contoh kegiatan gotong-royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan, berkumpul menyambut pembesar yang datang mengunjungi, menghadiri kenduri, majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau telah meninggal dunia adalah pola hubungan sosial yang berulang terbina daripada pergaulan. Satu unit sosial akan terbina daripada kekerapan pergaulan kerana kesepaduan dalam sesebuah masyarakat. Contoh yang terbaik ialah negara kita Malaysia yang mempunyai hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik kerana dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.
Di samping itu, definisi lain tentang masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu.  Sementelah masyarakat terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.  Kesatuan atau dalam konteks masyarakat  yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik maka terbentuk majmuk.  Pelbagai rumpun bangsa membentuk satu kesatuan khususnya dalam aspek politik, ekononi dan sosial disesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu adalah dikenali sebagai  masyarakat majmuk.
Plural society istilah dalam bahasa Inggeris iaitu masyarakat majmuk bermaksud pelbagai kaum atau multi racial society yang merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang bersama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah negara yang sama.  Definisi masyarakat majmuk menurut Kamus Dewan adalah masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum.
“The Development Of a Plural Society In Malaya” adalah sebuah buku Graham Saunders di mana beliau menyatakan bahawa masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa yang membentuk satu kependudukan yang hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan.   Pada pandangan Graham Saunders, terdapat tiga kaum di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India bukan sahaja terpisah dari segi adat, makanan dan pakaian malah juga pekerjaan dan tempat tinggal.
“The Sociology Of The Thirdworld” hasil penulisan J.E.Goldthorpe seorang sarjana dalam bidang sosiologi menyatakan pendapat tentang masyarakat majmuk lebih kurang sama dengan kedua-dua sarjana sebelum ini iaitu kewujudan masyarakat majmuk sejajar dengan penjajah yang datang ke Tanah Melayu pada masa dulu telah membawa masuk semua kaum  untuk memenuhi peluang pekerjaan di sini. 
Merujuk kepada keadaan masyarakat di Burma, Indonesia dan Malaysia juga terdapat masyarakat majmuk . Antara ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia ialah kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik.
Beberapa kelompok bangsa atau kaum yang tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu masyarakat tetapi hidup terpisah kerana mengamalkan cara hidup, adat dan kepercayaan yang berbeza dengan bangsa yang lain juga merupakan sebuah masyarakat majmuk. 
Pada sekitar abad ke-19, masyarakat di Tanah Melayu iaitu Malaysia didominasi oleh dua bangsa yang berbeza selain daripada masyarakat Melayu yang menjadi tuan kepada wilayah Tanah Melayu yang pada ketika itu iaitu kaum India dan Cina
Tanah Melayu telah mengalami perubahan politik, sosial dan ekonomi pada abad ke-19.  Sementelah perubahan politik telah menyebabkan perubahan sosial.  Kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu telah memperkembangkan perusahaan bijih timah dan getah.  Terdapat satu lagi kumpulan pendatang ke Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang terdiri daripada pendatang-pendatang asing dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain kepulauan Indonesia menurut dari belakang setelah kedatangan orang India dan Cina. 

KONSEP MASYARAKAT MAJMUK
Sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat yang muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikut kehendak-kehendak sistem ekonomi, politik dan sosial, menurut J.S.Furnivall (1939). Oleh itu, ia telah mewujudkan kelompok-kelompok yang terdiri daripada pelbagai ragam dalam satu kelompok unit politik.  Kelompok-kelompok pelbagai ragam dalam sebuah masyarakat majmuk itu bercampur tetapi tidak bergabung tambah J.S.Furnivall lagi.  Agama, kebudayaan, bahasa, idea-idea dan cara –cara kehidupan sendiri adalah ciri-ciri pegangan kuat setiap kelompok.  Masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai komuniti hidup secara berdekatan tetapi terpisah dalam unit politik yang sama.  Dalam bidang ekonomi pula, sistem pembahagian buruh adalah berasaskan ras di mana setiap ras dalam masyarakat itu mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan. 
Beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu telah digubal dalam dasar Inggeris.  Penentuan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat majmuk di Malaysia juga terdapat dalam dasar ini.  Kesan terhadap pemajmukan ras merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial.  Terdapat beberapa huraian daripada dasar Inggeris iaitu :-
 i. Politik
Dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing telah berlaku sejak tahun 1874.  Sistem-sistem kemasukan seperti kontrak dan bebas adalah merupakan cara-cara orang Inggeris menggalakkan kemasukan orang asing ke Tanah Melayu.  Pada tahun 1930an, Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka.  Perkara ini amat berbeza dengan tindakan yang dilakukan oleh orang Inggeris kepada pendatang asing ke Tanah Melayu sebelumnya.  Pada tahun 1930an juga undang-undang imigrasi menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu.  Tiada sekatan terhadap kemasukan orang asing ke Tanah Melayu sebelum undang-undang imigrasi pada tahun 1930an kerana keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi merancakkan ekonomi perlombongan, peladangan dan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan kereta api dan jalan raya. 
Kewujudan jabatan Pelindungan Orang Asing adalah untuk melindungi para buruh imigran daripada ditindas dan dianiaya oleh kongsi gelap mahupun majikan.  Jabatan Pelindungan Orang Asing yang dilindungi oleh pemerintah Inggeris terhadap buruh-buruh asing  menunjukkkan seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing.  Tindakan dan dasar kerajaan Inggeris  mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu.  Kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran diperkukuhkan lagi dengan adanya Jabatan Pelindungan Orang Asing.  Jabatan Pelindungan Orang Asing bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal.  Pada tahun 1927 – 1932 sewaktu kemelesetan ekonomi orang-orang asing hendak pulang ke negara asal mereka dan menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris. 
Merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi. 
ii. Ekonomi                                                                                                                            
Perubahan sistem sara diri kepada sistem komersial disebabkan dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas berlaku.  Ini mengakibatkan pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak mendorong kepada wujudnya sistem  ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Oleh itu, keperluan pemodenan prasarana baru memerlukan tenaga buruh dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing.
iii. Sosial
Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris lebih menjuruskan aspek penekanan.  Dasar ini menjelaskan bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia.  Inggeris menggalakkan perbezaan kaum dan melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia iaitu melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda.  Oleh itu, kita dapat melihat tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru.  Dengan kewujudan sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia telah meninggalkan kesan keadaan ini. 
Setiap kaum mengambil inisiatif mengikut sukatan pendidikan serta mengambil guru dari negara asal mereka.  Ini jelas menunjukkan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka.  Sementelah orang-orang Melayu hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak diberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akademik.  Anak-anak para bangsawan Melayu dikhaskan mendapatkan kemahiran dan ilmu akademik.  Justeru, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperolehi pendidikan walaupun di negara asing.  Oleh itu, ini menjelaskan bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah. 
Di Malaysia, etnik merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi adalah merupakan konsep masyarakat majmuk yang merujuk kepada etnik.  Konsep-konsep ras dan bangsa adalah konsep etnik yang mempunyai pengertian dan saling berkait rapat.  Justeru itu, menurut Mansor Abdul Rahman & Mohamad Ainuddin (2006), ras dan bangsa memberikan tekanan kepada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi iaitu keturunan dan pertalian darah yang sama antara sesama manusia.  Terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama merupakan konteks masyarakat majmuk Malaysia.
 Perbezaan budaya dapat mengelaskan etnik.  Ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan membezakan etnik. Etnik di Malaysia terdiri daripada orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai bangsa lain.  Pada dasarnya, etnik bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral. 
Konsep etnisiti dan etnosentrisme dibentuk daripada konsep etnik.  Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu dirujuk kepada etnisiti.  Oleh sebab itu, wujudlah satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas menyatukan anggotanya dalam satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.  Kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik dirujuk kepada etnosentrisme iaitu budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik serta hebat daripada kelompok lain.  Suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri adalah merupakan definisi etnosentrisme juga. 
Konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya lebih kurang sama di Malaysia.  Di Sabah dan Sarawak, orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian. 
Ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biological yang nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya.  Warna kulit adalah ciri yang paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia. 
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka ditakrifkan sebagai rasisme.  Gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal biological yang lain ialah rasisme juga. 
Tahap individu dan tahap institusi adalah dua tahap yang wujud daripada rasisme. Rasisme yang berlaku dalam bentuk kepercayaan adalah tahap individu di mana wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ras yang berstatus lebih rendah.  Pada peringkat individu rasisme, wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu.  Rasisme tahap institusi  melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza.  Pada tahap institusi rasisme ia dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial. 
Definisi budaya ialah kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir dan berkelakuan merujuk Kamus Dewan (2005).  Selain itu, budaya didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan dibahagikan daripada budaya.   Peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya adalah budaya kebendaan.  Orang Melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza daripada orang Inggeris atau orang Eskimo adalah sebagai contoh.  Kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang  adalah budaya bukan kebendaan.  Adat istiadat dijalankan secara tersendiri dalam kehidupan oleh setiap masyarakat.  Adat perkahwinan masyarakat Melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat India hantaran perkahwinan diberikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.  Faktor agama penting dalam budaya Melayu kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai satu sistem kepercayaaan semata-mata tetapi juga sebagai satu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup.  Alat komunikasi penting dalam bahasa.  Sebagai petunjuk jalan, adat resam juga mustahak bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya.
Dalam pembentukan sesuatu budaya, terbahagi kepada dua peranan utama iaitu membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.  Aspek cara pengendalian hidup adalah budaya yang memberikan identiti kepada sesuatu kelompok.  Daripada satu keturunan kepada satu keturunan untuk mewarisi budaya.  Menurut Mohd Taib Osman (1988), budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan  yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.
Konsep masyarakat majmuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa iaitu terdiri daripada berbagai rasa atau etnik yang berada di bawah satu pemerintahan, menurut J.S.Furnival.  Dalam erti kata sebenar campuran ialah bergaul tetapi tidak bercantum.  Agama yang berbeza diamalkan oleh setiap kumpulan.
i. Melayu
Kumpulan etnik terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara.  Orang Melayu di Malaysia adalah merujuk kepada orang yang mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu.  Sikap peramah dan budaya seni yang sangat kaya menyebabkan orang Melayu terkenal. 
Pada dasarnya, orang Melayu merupakan penganut agama Islam.  Penduduk luar bandar di Semenanjung pada masa lalu sebahagian besar adalah orang Melayu.  Sejak tahun 1970an sehingga kini keadaan tersebut mula berubah kerana proses penghijrahan ke bandar.  Kebanyakan yang terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan, sama ada dalam skala kecil-kecilan atau secara komersial masih tinggal di luar bandar.  Pelbagai sektor seperti sektor perkhidmatan awam, sektor swasta, sektor perdagangan dan perniagaan melibatkan sebahagian besar etnik Melayu di bandar. 
ii. Cina
Golongan etnik kedua terbesar di Semenanjung ialah orang Cina.  Pelbagai agama seperti Buddhisme, Konfusianisme, Kristian, Taoisme dan Islam dianuti oleh masyarakat ini.  Sektor perdagangan dan perkhidmatan adalah merupakan tumpuan sebahagian besar etnik Cina.  Sebahagian besar orang Cina tertumpu di bandar-bandar utama, khasnya di Lembah Kelang. 
iii. India
Golongan etnik yang ketiga terbesar di Semenanjung ialah orang India.  Sebahagian besar orang India pada masa lalu bekerja dan menetap di estet.  Terdapat di kalangan mereka pada masa kini yang berpindah ke bandar-bandar dan menerokai pekerjaan di sektor perdagangan atau perkhidmatan dan menjalani kehidupan di bandar.  Terdapat golongan sub etnik seperti orang Sikh, Tamil, Malayali dan Singhala dalam kategori etnik India.  Etnik India di negara ini merupakan penganut pelbagai agama seperti Hindu, Sikhisme dan Islam. 
 Etnik-entik lain
Orang Asli ialah golongan etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dalam kajian antropologi.  Penduduk di kawasan pendalaman di beberapa negeri di Semenanjung kebanyakannya orang Asli.  Anutan kepercayaan orang Asli adalah kepercayaan tradisional, animism, Kristian dan Islam.  Terdapat kelompok-kelompok kecil seperti masyarakat Baba Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang, masyarakat Portugis di Melaka dan Thai di beberapa negeri di utara Semenanjung selain orang Asli.  Namun mereka yang terdiri daripada masyarakat minoriti juga mempunyai budaya yang unik seperti budaya masyarakat Baba Nyonya.  
Menurut Furnivall, dalam sektor pekerjaan pula terdapat pembahagian tenaga buruh yang ketara mengikut kaum.  Setiap kaum menjalankan kegiatan pekerjaan tertentu untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara kehidupan seharian mereka berdasarkan kesesuaian dan kemahiran mereka sendiri.  Bidang pertanian dan penangkapan ikan diurus oleh orang Melayu dan orang Cina menguruskan perlombongan dan perdagangan.  Manakala golongan orang India pula menguruskan bidang perladangan getah dan perladangan lain.  Tempat kediaman berlainan dan cara kerja yang dilakukan menyebabkan kegiatan ekonomi yang dijalankan juga terpisah.  Kawasan kampung berhampiran kawasan pertanian dan pinggir laut merupakan kawasan tempat tinggal orang Melayu, orang Cina tinggal di kawasan perlombongan dan bandar sebagai pusat untuk menjalankan perniagaan serta orang India pula tinggal di estet-estet dan ladang kelapa sawit.  Justeru taraf kemajuan ketiga-tiga kaum berbeza mengikut jenis pekerjaan. 
  SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Sebuah tempat tumpuan, pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan adalah merupakan Tanah Melayu yang sudah tentunya pernah menjadi satu tempat persinggahan dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul.  Oleh itu konsep pencampuran populasi bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di Malaysia.  Struktur susunan ras, etnik dan corak penempatan penduduk masa kini telah ditentukan pada zaman perkembangan kolonial dan eksploitasi orang British di Semenanjung Malaysia adalah menurut pendapat kebanyakan ahli sejarah dan antropologi sosial.  Zaman paling penting dalam menentukan pola-pola etnik, ekonomi dan politik masa kini Semenanjung Malaysia adalah pada tahun 1786 hingga 1914. 
            Perkara yang penting dalam mencorakkan kemajmukan masyarakat Malaysia adalah aspek demografi.  Betapa uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik yang turut mewarnai wajah sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia diperlihatkan bukan sahaja dari aspek demografi. 
Zaman Pendudukan Inggeris
Pada Ogos 1786, campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang menyebabkan kemasukan migran secara besar-besaran dari luar.   Semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia dalam jangka masa yang panjang iaitu selama lebih seratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957.  Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua di antara tahun itu.  Jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk.  Oleh itu masyarakat homogenios Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya. 
Penduduk Tanah Melayu dan kepulauan Borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak sebelum kurun ke-18.  Waktu itu migrasi dari luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad.  Menurut James P.Ongkili, 1985:4,  terdapat juga kaum pendatang dari Sumatera, Indonesia namun tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama. 
Perubahan dalam struktur masyarakat yang berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing bertanggung jawab mencernakan perubahan berkekalan sejak awal kurun ke-18 hingga ke hari ini.  Sementelah struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi dari luar dan juga faktor penolak dan penarik.  Sedikit demi sedikit migrasi ini berlaku sebelum penjajahan barat tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku.  Faktor utama dalam aktiviti migrasi dari luar terutamanya China dan India adalah aktiviti ekonomi dan perladangan. 
Masyarakat Cina dari Negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan.  Justeru mereka terpaksa keluar berhijrah hingga ke Tanah Melayu.  Beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu bagi kemasukan buruh-buruh Cina.  Dari semasa ke semasa bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah.  Walau bagaimanapun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu. 
Bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk adalah kerana kemasukan masyarakat Cina dan pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah.  Oleh kerana pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu serta juga masyarakat Melayu ketika itu.  Akhirnya satu masyarakat baru terbentuk akibat kedatangan masyarakat Cina iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim.  Kepelbagaian dan kemajmukan masyarakat di Malaysia menggambarkan keunikan pada pandangan masyarakat luar dengan wujudnya golongan baru ini. 
Selepas Cina migran kedua terbesar adalah kelompok India.  Negapatam dan Madras, India Selatan adalah tempat asal kebanyakan mereka.  Selain itu India juga mengalami masalahnya sendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar.  Kemiskinan dan  kebuluran merupakan suasana yang melanda negara itu mendorong penduduknya berhijrah ke luar negara-negara lain termasuk Tanah Melayu ketika itu.  Sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris migran India sudah mula berhijrah ke Tanah Melayu.  Setelah Inggeris berjaya menguasai negeri-negeri Melayu bilangan mereka bertambah.
Masyarakat luar seperti Indonesia dan Ceylon juga menjadi migran ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak selain dari China dan India.  Bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh dari China dan India.  Selain itu kebanyakan pendatang Indonesia berasal dari Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagian kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.  Sementelah pendatang dari Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar.  Kebanyakan pendatang dari Ceylon terdiri daripada kaum Sinhalese.  Sehubungan itu mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut dan telah datang dengan jumlah yang agak ramai selepas kurun ke-19 berterusan hingga kurun ke-20an.  Penjajahan British di Ceylon yang menyebabkan kedatangan mereka berterusan.  Faktor utama penghijrahan mereka adalah bukan faktor ekonomi tetapi mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal. 
Proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang bermula  setelah kemasukan daripada luar.  Pada mula proses pembentukan masyarakat menghadapi kesukaran kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian.  Sebagai contoh peristiwa 13 Mei 1969 banyak konflik berlaku dalam proses pembentukan ini.  Konflik yang berlaku dalam masyarakat majmuk mengikut garisan pemisah ras dan bukan garisan kelas.  Masalah sosio-ekonomi dan politik pasti akan timbul dengan pengambilan pekerja buruh dari luar dibuat secara tetap lebih membimbangkan dan bagi mengelakkan pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok. 
Lahirnya kelompok daripada keturunan Cina dan India setelah kemasukan migran dari luar yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India.  Apabila berlangsungnya  
perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan maka asimilasi bangsa juga turut berlaku, wujud beberapa sub kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain.  Sekarang kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain. 

Kumpulan etnik terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini.  Jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu.  Sikap peramah dan budaya seni yang sangat kaya menyebabkan orang Melayu terkenal.
Kumpulan etnik kedua terbesar ialah kaum Cina yang merangkumi 25 peratus populasi.  Kaum Cina hari ini kebanyakannya berasal daripada pendatang yang merantau pada abad ke-19.  Kaum Cina terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga.  Cara berbicara dialek tiga kumpulan kecil kaum Cina iaitu Hokkien tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan penutur bahasa Mandarin tinggal di kawasan selatan tanah air di Johor. 
Kaum India merupakan kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini yang merangkumi 10 peratus populasi.  Kaum India kebanyakannya berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu.  Kedatangan mereka ke sini adalah untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan keluar daripada sistem kasta yang diamalkan di India.  Kaum India ini kebanyakannya beragama Hindu dan mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah. 

MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

1.1 Malaysia sangat sinonim dengan masyarakat majmuk dan sebagai sebuah negara yang  bercirikan pelbagai kaum serta identiti.  Di seluruh Malaysia terdapat lebih 80 kaum.  Terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina daripada 80 kaum yang ada di seluruh negara.  Konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di suatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu serta masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa iaitu merujuk Kamus Dewan. Justeru gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud ‘satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan’, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu. 


1.2 Menurut pendapat Furnivall masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik.  Mereka tidak bergantung antara kaum lain namun kelompok-kelompok ini bercampuran, amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri. 

1.3 Perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk merupakan intipati yang menjadi tumpuan di Semenanjung Malaysia.  Semasa era kegemilangan Melaka lagi hadir pelbagai kaum pada asasnya telah bermula melalui proses perdagangan yang dijalankan.  Namun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat majmuk.  Pada kurun ke-18 penggunaan istilah masyarakat majmuk bermula dengan adanya peranan pihak British.  Pada masa dulu Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Protugis, Belanda, British dan Jepun.  Maka kupasan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia melalui penjajahan kuasa asing diberi perhatian.    

 A.    KEDATANGAN PORTUGIS
          Pada 11 September 1509 Portugis telah datang ke Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira dengan lima buah kapal.  Sultan telah menahan beberapa orang pedagang Portugis yang datang berdagang akibat sedikit perselisihan faham.  Pada Julai 1511 Alfonso De Alburqaque tiba di Melaka untuk membebaskan para banduan lalu menghantar utusan meminta sultan Melaka membebaskan orang Portugis serta membayar ganti rugi.  Melaka telah diserang oleh 800 orang Portugis dan 600 orang India kerana keengganan baginda sultan melaksanakan tuntutan tersebut.  Seramai 1400 orang tentera ini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat yang berbilang kaum yang ada pada ketika itu.  Orang Portugis telah Berjaya menawan Melaka pada 24 Ogos 1511. 

B) KEDATANGAN KUASA BELANDA
          Belanda menyerang Kota Portugis Melaka pada tahun 1597.  Johor berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka pada tahun 1606.  Portugis mendapat bantuan dari Goa walaupun percubaan selama tiga bulan gagal.  Kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan pada tahun 1636 dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641.  Manuel De Souza Couthinho , Gabenor Portugis telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe. 


c) PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
          Semasa penjajahan British perubahan ketara berlaku.  Pergolakan politik dan perebutan takhta yang berlaku di Kedah dan Johor telah dijadikan kesempatan oleh British untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura merupakan permulaan pendudukan British di Tanah Melayu.  Pada tahun 1824 melalui perjanjian Inggeris Belanda, Belanda telah diserahkan kepada pihak British. 

          Negeri-negeri Selat adalah tiga wilayah telah disatukan di bawah satu pentadbiran.  mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang baru untuk pelaburan di barat.  Jalan kereta api yang menghubungkan bandar dengan pelabuhan, perladangan dan pembangunan bandar-bandar kecil telah menyebabkan Tanah Melayu membangun dengan pelbagai infrastruktur.  


          Pada ketika itu Tanah Melayu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan telah menyebabkan pihak British mulai membawa masuk beramai-ramai buruh dari China dan India untuk menampung kekurangan pekerja.  Pertumbuhan sektor bandar, jalan-jalan, rel-rel kereta api dan pembahagian kelompok kaum bandar dan luar bandar bertambah besar disebabkan oleh penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi. 

          Masyarakat majmuk mempunyai ciri-ciri tertentu lalu  terbentuk Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule).  Masyarakat Cina diberi peranan untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladang dari sudut demografi.  Manakala masyarakat Melayu di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani.  Sebelum kedatangan British berlaku penghijrahan orang Cina namun selepas kehadiran British dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan bagi menjamin keselamatan undang-undang dan seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasi masuk.  Pada penghujung kurun ke-19 kemasukan orang India berlaku dengan pesat kerana perkembangan perladangan seperti getah dan kopi.  Migrasi Cina dan India dilindungi oleh British.  Jurang perbezaan antara kaum, pembangunan dan ekonomi wujud kerana keadaan ini. 

d) PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
          Pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini adalah kesan daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu.  Malai Baru adalah merupakan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dan ianya diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura.  Snoyan pula dikenali di Singapura telah diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu.  Satu wilayah dibentuk dari segi pentadbiran yang terdiri dari Pulau Pinang, Melaka,Tujuan penjajahan British di Tanah Melayu adalah untuk memenuhi keperluan permintaan bahan 
Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.  Negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diletakkan di bawah pemerintahan Siam pada tahun 1945 dengan tujuan membalas jasa Siam. 

          Kesan sosial berkaitan dengan hubungan antara kaum  dan juga keadaan masyarakat dari segi pendidikan serta pentadbiran adalah wujud daripada penjajahan Jepun.  Terdapat dua bentuk hubungan kaum semasa Perang Dunia ke-2 iaitu hubungan kerjasama antara kaum menentang penjajah Jepun (MPAJA) dan juga hubungan tegang antara etnik Melayu dan Cina ekoran dasar pilih kasih atau diskiminasi terhadap etnik Cina. 

          Kawasan-kawasan baru dibuka iaitu permulaan masalah setinggan kerana penindasaan Jepun terhadap orang-orang Cina di Tanah Melayu.  Orang-orang Melayu yang tinggal di kampung-kampung tradisi telah mengakibatkan pertembungan budaya.  Perkahwinan kacukan di antara orang Cina dan orang Melayu menyebabkan pertembungan budaya dan telah melahirkan generasi masyarakat Baba dan Nyonya yang boleh kita lihat banyak di Melaka pada hari ini.  Kemasukan migrasi terutamanya dari Cina disebabkan peperangan antara Cina dan Jepun disekat oleh Jepun di Tanah Melayu.  Pengaliran keluar orang Cina secara beramai-ramai telah berlaku di antara tahun 1947 hingga 1953.  Migrasi dari India masih lagi berlaku sungguhpun dalam kadar yang rendah.  Jepun telah meletakkan senjata dan berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945. 

e) PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SELEPAS JEPUN

          Pada tahun 1945 selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu British kembali memerintah.  Pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum telah diusahakan demi perpaduan setelah kedatangan semula Inggeris.  Sokongan rakyat terhadap mereka luput sama sekali kerana merasakan mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama lima tahun penaklukan Jepun di Tanah Melayu.  Oleh itu perkara ini membawa kepada tuntutan kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu yang berbilang kaum daripada pihak British. 

          
          Bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pihak British telah memberi syarat yang paling besar iaitu orang Melayu harus menerima dan bekerjasama dengan masyarakat Cina, India dan masyarakat lain sebagai warganegara.  Masyarakat Melayu sukar memberi kerakyataan kepada kaum Cina dan India pada mulanya.  Keganansan Parti Komunis Malaya telah berlaku dengan berleluasa menyebabkan hubungan etnik tegang di mana etnik Cina yang menyokong dan menyertai PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu sebagai kaedah balas dendam semasa pemerintahan Jepun dahulu.  Pada tahun 1948 kerajaan telah mengistiharkan darurat kerana berpunca daripada keadaan ini.  Hubungan etnik bertambah baik dan mewujudkan kerjasama menentang komunis semasa darurat. 

          British menawarkan kerakyatan secara automatik kepada penduduk imigran Tanah Melayu kerana keganasan PKM dan akhirnya terpaksa dipersetujui oleh orang Melayu sebagai salah satu kaedah membenteras keganasan PKM.  British telah memerdekakan Tanah Melayu atas usaha Rombongan kemerdekaan 1956 yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1957.  Pada tahun 1960 darurat dibubarkan.  Penjajahan British telah memberi kesan, impak positif dan negatif kepada pembangunan dan keamanan negara yang dapat dinilai perkembangannya dari semasa ke semasa hingga ke hari ini. 

3. Kesan Penjajahan kuasa asing dalam pembentukan masyarakan majmuk di Malaysia.

          Perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia dapat dilihat dan dirumuskan kepada tiga tempoh yang berbeza iaitu pertama, zaman penjajahan British di mana ketiga-tiga kaum langsung tidak berinteraksi.  Tanah Melayu ditegaskan adalah milik orang Melayu, ekonomi komersial pula milik orang Cina dan India sementara politik milik British hinggakan orang Melayu ketinggalan.  Terdapat beberapa faktor yang menjadikan orang Melayu tidak terlibat dengan ekonomi kormesial.  Antara sebabnya adalah British sendiri dengan dasarnya yang menekan penduduk asal serta ‘Dasar Pecah Perintah’ yang dijalankan British sewaktu penjajahannya. 

          
Era menuju kemerdekaan merupakan tempoh kedua dilihat terdapat hubungan antara kaum di mana Melayu dengan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Cina dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan India dengan Kongres India Se-Malaya (MIC) membentuk parti politik yang berteraskan kaum masing-masing namun berada di bawah satu payung iaitu Parti Perikatan. British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1957 hasil daripada kerjasama antara kaum.  Peristiwa darurat telah berlaku sebelum kemerdekaan selepas tempoh penjajahan Jepun pada 1948 hingga 1960 yang melibatkan Parti Komunis Malaya.  Hubungan antara orang Melayu dan Cina kembali tergugat dalam tempoh ini.  


          Zaman selepas kemerdekaan merupakan peringkat yang ketiga atau terakhir yang merujuk zaman selepas 1969 yang masih lagi terdapat jurang dalam pelbagai bentuk yang bukan sahaja dari segi ekonomi.  Pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh mewujudkan keadaan aman damai menepati makna sebenar masyarakat majmuk.  Walau bagaimanapun ianya masih lagi tidak mencapai matlamat perpaduan kerana masing-masing berusaha mengekalkan identiti sendiri dan enggan menerima asimilasi dari budaya lain. Penggunaan “Malaysian Malaysia” telah mula digunakan  pada sekitar tahun 1965 namun ia tidak begitu diterima pakai.  Salah satu matlamat kerajaan kini dalam memastikan kesepaduan masyarakat iaitu dikenali sebagai Bangsa Malaysia.  

No comments: