Friday, April 27, 2012

Baca dan fahami petikan di bawah ini.

          Siti berasa sungguh bertuah kerana mempunyai keluarga yang bahagia.  Dia mempunyai ibu, bapa dan seorang abang.  Ibunya, Puan Maisarah seorang yang lemah lembut dan bersopan santun.  Bapanya, Enci Azizi seorang yang penyayang dan bertanggungjawab.  Bagi Siti, segala jasa dan pengorbanan ibu dan bapanya tidak terbalas olehnya. 
          Hari Bapa bakal tiba.  Pada tahun ini, Hari Bapa jatuh pada 10 Jun 2012.  Siti ingin meraikan bapanya pada hari itu sebagai tanda terima kasih kepada bapanya.  Siti memberitahu ibu dan abangnya tentang hasratnya itu.  Ibu dan abangnya bersetuju.  Mereka ingin mengadakan majlis kecil untuk memberikan kejutan kepada Encik Azizi.
          Kini, tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh mereka.  Puan Maisarah bertungkus-lumus untuk menyediakan makanan kegemaran suaminya.  Abang Siti pula membeli sebiji kek coklat manakala Siti pula membalut hadiah untuk diberikan kepada bapanya.  Dia dan abangnya berkongsi wang untuk membeli sebuah dompet untuk bapanya.
          Apabila semuanya telah selesai, mereka menanti kepulangan Encik Azizi dengan gembira.  Sebaik-baik sahaja Encik Azizi membuka pintu, beliau amat terkejut oleh majlis itu.  Siti dan abangnya mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa mereka.  Mereka juga memberikan hadiah kepada bapa mereka.  Encik Azizi mengucapkan terima kasih kepada isteri dan anak-anaknya.  Beliau memeluk isteri dan anak-anaknya dengan gembira.  

Jawab soalan-soalan berikut dengan berpandukan petikan.
1. Bilakah mereka menyambut Hari Bapa?
2. Mengapakah Siti ingin meraikan Hari Bapa untuk bapanya?
3. Berapakah jumlah ahli keluarga Siti?
  

No comments: