Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Cuti persekolahan telah tiba. Saya sekeluarga bersiap-siap hendak melawat ke Kota A Famosa. Kami bertolak dari rumah pada pukul 9.00 pagi. Ayah memandu kereta dengan berhati-hati kerana keadaan jalan raya yang sibuk ketika itu. Tidak lama kemudian, kami pun sampai di Kota A Famosa.
Kami berjalan-jalan di sekitar Kota A Famosa itu sambil bergambar. Setelah penat berjalan, kami berehat sambil minum. Adik membuang kotak minuman ke dalam tong sampah. Ayah memuji tindakan adik yang menjaga kebersihan alam sekitar. Kemudian, ayah mengajak kami menaiki beca mengelilingi sekitar A Famosa. Ayah menyewa dua buah beca. Ayah dan saya menaiki beca pertama. Ibu dan adik pula menaiki beca yang kedua. Ayah berbual-bual mesra dengan pemilik beca itu yang dikenali sebagai Pak Man. Kami sekeluarga berasa sungguh seronok pada hari itu kerana dapat merasai pengalaman menaiki beca. Ayah mengucapkan terima kasih kepada Pak Man selepas kami turun dari beca. Sebelum pulang, kami singgah di gerai cenderamata. Ayah menasihati kami agar tidak boros berbelanja semasa membeli cenderamata.
No comments:
Post a Comment