Nadia memasukkan buku dan alat tulis yang perlu dibawa esok ke dalam beg sekolahnya. Tepat pukul 10 malam, Nadia sudah masuk tidur kerana tidak mahu lewat bangun pada keesokan harinya.
Nadia bangun jam 6.00 pagi. Setelah bersarapan bersama dengan keluarga, ayah Nadia menghantarnya ke sekolah. Sebelum bertolak, Nadia tidak lupa bersalam dengan ibunya.
Di sekolah, Nadia belajar dengan sungguh-sungguh. Nadia sentiasa memberikan tumpuan sewaktu gurunya mengajar. Oleh itu, tidak hairanlah jika setiap kali peperiksaan Nadia mendapat tempat pertama di dalam kelas. Dia berharap agar cita-citanya menjadi peguam bela akan tercapai.
No comments:
Post a Comment