Saturday, April 28, 2012

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.  Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih 50 patah perkataan.  Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

          Cuti persekolahan telah tiba.  Saya sekeluarga bersiap-siap hendak melawat ke Kota A Famosa.  Kami bertolak dari rumah pada pukul 9.00 pagi.  Ayah memandu kereta dengan berhati-hati kerana keadaan jalan raya yang sibuk ketika itu.  Tidak lama kemudian, kami pun sampai di Kota A Famosa.
          Kami berjalan-jalan di sekitar Kota A Famosa itu sambil bergambar.  Setelah penat berjalan, kami berehat sambil minum.  Adik membuang kotak minuman ke dalam tong sampah.  Ayah memuji tindakan adik yang menjaga kebersihan alam sekitar.  Kemudian, ayah mengajak kami menaiki beca mengelilingi sekitar A Famosa.  Ayah menyewa dua buah beca.  Ayah dan saya menaiki beca pertama.  Ibu dan adik pula menaiki beca yang kedua.  Ayah berbual-bual mesra dengan pemilik beca itu yang dikenali sebagai Pak Man.  Kami sekeluarga berasa sungguh seronok pada hari itu kerana dapat merasai pengalaman menaiki beca.  Ayah mengucapkan terima kasih kepada Pak Man selepas kami turun dari beca.  Sebelum pulang, kami singgah di gerai cenderamata.  Ayah menasihati kami agar tidak boros berbelanja semasa membeli cenderamata.

Friday, April 27, 2012

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini.  Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.  Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

             Nadia memasukkan buku dan alat tulis yang perlu dibawa esok ke dalam beg sekolahnya.  Tepat pukul 10 malam, Nadia sudah masuk tidur kerana tidak mahu lewat bangun pada keesokan harinya.
            Nadia bangun jam 6.00 pagi.  Setelah bersarapan bersama dengan keluarga, ayah Nadia menghantarnya ke sekolah.  Sebelum bertolak, Nadia tidak lupa bersalam dengan ibunya.
            Di sekolah, Nadia belajar dengan sungguh-sungguh.  Nadia sentiasa memberikan tumpuan sewaktu gurunya mengajar.  Oleh itu, tidak hairanlah jika setiap kali peperiksaan Nadia mendapat tempat pertama di dalam kelas.  Dia berharap agar cita-citanya menjadi peguam bela akan tercapai.  
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah ini.  Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.  Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

          Pada hujung minggu yang lalu, keluarga Farah telah mengadakan Hari Keluarga.  Ayah Farah mahu menumpukan ahli keluarganya agar ikatan kekeluargaan menjadi lebih rapat.  Ahli keluarga yang tinggal berdekatan datang menolong untuk memastikan jamuan yang diadakan berjalan dengan lancar.
          Sebagai saudara yang lebih tua, ayah Farah bertindak sebagai ketua.  Beliau disegani oleh ahli keluarga yang lain.  Ahli keluarga dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan kerja.  Ada kumpulan mendirikan khemah, memasak, menyiang ikan serta melapah lembu.
          Setelah kerja selesai, majlis jamuan dimulakan dengan bacaan doa.  Ayah Farah kemudiannya menyampaikan ucapan ringkas dan mengucapkan terima kasih atas kesudian ahli keluarga yang lain menjayakan majlis itu.  Sambil menjamah makanan, ahli keluarga Farah bergaul mesra antara satu sama lain.

KAD HARI BAPA

Cipta sekeping kad ucapan untuk bapa kamu sempena Hari Bapa dan poskan kepada beliau.

KAD HARI IBU

Cipta seking kad ucapan buat ibu kamu dan poskan ke rumah.
Cara-cara Menghargai Pengorbanan Ibu Bapa 1 Berikan cara-cara kamu menghargai pengorbanan ibu dan bapa.
Soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.  Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5. Camelia memakai se................ baju kurung yang cantik.
A. helai
B. keping
C. pasang
D. lembar

Soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.  Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja.
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
4. Abang saya berpuas hati dengan Proton Exora yang baru dibelinya kerana brek kereta itu dapat ................... dengan baik semasa dia membrek.
A. mencengkam
B. menyerap
C. memakan
D. menahan
Soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.  Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3. Pada setiap hujung minggu, Hamid dan ayahnya suka ..................... ikan di tepi pantai tidak jauh dari rumahnya.
A. menangkap
B. mengumpan
C. mengail
D. menarik
Soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.  Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja.
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.
2. Linda membantu ibunya ..................... langsir di ruang tamu.
A. menarik
B. memasang
C. memegang
D. mengikat

Soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.  Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Kami sekeluarga berkelah di bawah pokok yang rendang berhampiran pantai kerana keadaan di situ ........................................
A. redup
B. kelam
C. malap
D. gelap

Berkelah di air terjun

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di atas.

Baca catatan harian di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
Jumaat - 1 April 2012
Akulah orang yang paling gembira hari ini.  Seperti yang dijanjikan oleh ayah, kami sekeluarga ke Tanah Tinggi Cameron.  Kmai sibuk mengemas barang-barang yang perlu dibawa agar tidak tertinggal.  Malam, tepat pukul 8.00, ayah memandu kereta menuju ke destinasi.  Kata ayah, perjalanan ke sana agak jauh.  Ayah lebih suka memandu pada waktu malam kerana lalu lintas kurang sibuk serta tidak panas.
Sabtu - 2 April 2012
Kami singgah di sebuah gerai di tepi jalan untuk bersarapan.  Selepas itu, ayah meneruskan perjalanan menuju ke Tanah Tinggi Cameron.  AKU seperti mahu muntah kerana jalan menuju ke sana seperti ular kena pali.  Namun, pemandangan di sepanjang perjalanan yang indah dan menghijau menghilangkan rasa peningku.
          Selepas berehat di hotel, kami melawat ke ladang teh dan buah strawberi.  Ibu tidak melepaskan peluang membeli beberapa bungkus teh dan buah strawberi segar untuk dibawa pulang.
Ahad - 3 April 2012
Ibu mengenakan jaket yang tebal untukku.  Udara di situ amat dingin.  Kami melawat ke ladang penternakan lebah dan kebun penanaman sayur pula.  Ketika di kebun penanaman sayur, ayah dan ibu banyak bertanya kepada penyelia kebut tersebut.  Ayah dan ibu begitu berminat dengan teknik penanaman sayur di situ.  Diharapkan maklumat tersebut dapat membantu ayah dalam projek penanaman sayur yang sedang dijalankannya.  Kami sekeluarga berasa sungguh gembira dengan percutian kali ini.
1. Ke manakah penulis dan keluarganya pergi bercuti?
2. Berapa harikah penulis menghabiskan cuti bersama dengan keluarganya?
3. Mengapakah ibu penulis memakaikannya jaket tebal? 
                                                                   



Tandakan (/) pada pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataan yang salah.
1. Siti dan keluarganya hendak meraikan Hari Bapa.                 (........)
2. Puan Maisarah menyediakan sebiji kek coklat.                     (........)        
3. Siti dan abangnya berkongsi wang untuk membeli hadiah.     (........)
4. Encik Azizi membantu mereka membuat persiapan majlis.    (........)
5. Encik Azizi berasa terharu kerana diraikan dalam majlis itu.  (........)   
Baca dan fahami petikan di bawah ini.

          Siti berasa sungguh bertuah kerana mempunyai keluarga yang bahagia.  Dia mempunyai ibu, bapa dan seorang abang.  Ibunya, Puan Maisarah seorang yang lemah lembut dan bersopan santun.  Bapanya, Enci Azizi seorang yang penyayang dan bertanggungjawab.  Bagi Siti, segala jasa dan pengorbanan ibu dan bapanya tidak terbalas olehnya. 
          Hari Bapa bakal tiba.  Pada tahun ini, Hari Bapa jatuh pada 10 Jun 2012.  Siti ingin meraikan bapanya pada hari itu sebagai tanda terima kasih kepada bapanya.  Siti memberitahu ibu dan abangnya tentang hasratnya itu.  Ibu dan abangnya bersetuju.  Mereka ingin mengadakan majlis kecil untuk memberikan kejutan kepada Encik Azizi.
          Kini, tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh mereka.  Puan Maisarah bertungkus-lumus untuk menyediakan makanan kegemaran suaminya.  Abang Siti pula membeli sebiji kek coklat manakala Siti pula membalut hadiah untuk diberikan kepada bapanya.  Dia dan abangnya berkongsi wang untuk membeli sebuah dompet untuk bapanya.
          Apabila semuanya telah selesai, mereka menanti kepulangan Encik Azizi dengan gembira.  Sebaik-baik sahaja Encik Azizi membuka pintu, beliau amat terkejut oleh majlis itu.  Siti dan abangnya mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa mereka.  Mereka juga memberikan hadiah kepada bapa mereka.  Encik Azizi mengucapkan terima kasih kepada isteri dan anak-anaknya.  Beliau memeluk isteri dan anak-anaknya dengan gembira.  

Jawab soalan-soalan berikut dengan berpandukan petikan.
1. Bilakah mereka menyambut Hari Bapa?
2. Mengapakah Siti ingin meraikan Hari Bapa untuk bapanya?
3. Berapakah jumlah ahli keluarga Siti?
  

Nilai murni
Biografi ibu saya
KATA SERU

Sunday, April 15, 2012

Peranan datuk dan nenek



Sila saksikan video dan cuba fikirkan apakah peranan datuk dan nenek dalam sesebuah keluarga.
Senaraikan peranan datuk dan nenek dalam sebuah keluarga.

Peranan ayah



Saksikan video dan cuba fikirkan apakah peranan seorang ayah dalam sebuah keluarga.
Senaraikan peranan ayah dalam keluarga.

Peranan abang, kakak dan adik.



Saksikan video ini dan cuba fikirkan peranan sebagai abang, kakak dan adik.
1. Senaraikan peranan seorang abang dalam keluarga.
2. Senaraikan peranan seorang kakak dalam keluarga.
3. Senaraikan peranan seorang adik dalam keluarga.

Saturday, April 14, 2012

Peranan ibu.

Saksikan video ini dan cuba fikirkan peranan ibu dalam keluarga.
Senaraikan peranan ibu dalam sesebuah keluarga.    

Tuesday, April 3, 2012

KATA PANGGILAN






Terdapat beberapa kata panggilan dalam keluarga kembangan di atas.  Senaraikan kata panggilan selain daripada kata panggilan di atas dalam sesebuah keluarga kembangan.  Bina ayat berdasarkan kata panggilan tersebut.

UPIN DAN IPIN

Saksikan video Upin dan Ipin yang bertajuk "Sayang Kak Ros".  Kenalpastikan dialog-dialog yang menggunakan Ayat Seruan.  Tuliskan Ayat Seruan yang terdapat dalam lakonan tersebut.




Monday, April 2, 2012

PERASAAN

Sila saksikan video ini dan nyatakan ayat seruan yang sesuai menggunakan kata seru yang sesuai.




Sunday, April 1, 2012

KELUARGA KEMBANGAN




Setelah menyaksikan video tersebut mengenai keluarga kembangan, cuba jelaskan apakah hubungan di antara keluarga pengantin lelaki dengan keluarga pengantin perempuan?